Ancaman Bendera tidak babitkan tentera
08/10/2009 2:36am
KUALA LUMPUR 8 Okt. — Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.
“Khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) sedang berkumpul di Kalimantan, Indonesia hanya melibatkan segelintir kumpulan kecil yang bukan tentera.
“Rakyat tidak harus memberi reaksi negatif kerana kumpulan itu adalah orang upahan dari pihak ketiga yang ingin melihat konflik antara dua negara serumpun itu berterusan,” katanya ketika merasmikan majlis Penganugerahan dan Konvokesyen Pertubuhan Seni Silat Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sini, malam tadi. - Bernama
Nak Komen Sikit:
Perkara-perkara sebegini memang akan mencetuskan pelbagai reaksi kepada rakyat. Pihak kerajaan tidak boleh memandang enteng benda-benda macam ni. Tak kan kita nak tunggu dan lihat saja? Mereka boleh gertak kita walaupun dikhabarkan hanya segelintir, kenapa pihak berkuasa Indonesia buat diam sahaja? Sikap berdiam diri kerajaan Indonesia dalam menangani masalah ini seolah-olah mereka memberi lampu hijau kepada kumpulan-kumpulan 'sakit jiwa' itu untuk melakukan tindakan yang mengancam keselamatan negara jiran. Kerajaan Malaysia nak tengok saja ke??
Wajah-wajah UPSR
6 beberapa hari yang lalu