Jumaat, Jun 13, 2008

Cabaran Baru Di Era Pak Lah

Satu perkara yang memualkan saya tentang tindak-tanduk menteri-menteri dan pembesar-pembesar dalam kerajaan adalah apabila mereka hanya mampu memberi saranan demi saranan yang bodoh dan pendek akal @ malas berfikir. Otak mereka tepu dan kurang kreatif. Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Nampak sangat mereka ni kurang berfikir utk rakyat. Kurang berfikir untuk mencari jalan yang bijaksana untuk membantu daripada terus membebani rakyat. Cuba tengok antara saranan-saranan mereka:

Dulu, masa gula naik, mereka suruh rakyat mengurangkan penggambilan gula dan kalau boleh tidak menggunakan gula, maka kita pun agaknya terpaksanya beralih meminum kopi pahit!

Bila harga gas naik, agaknya kita perlu beralih guna kayu api pulak.

Bila beras naik, mereka saran lagi kurangkan makan nasik, elok makan ubi je. Jadi, nampaknya kita pun kena lah pulun makan ubi kayu dan ubi keledek.

Bila minyak naik, jom lah kita pakat beli basikal, kayuh hari-hari pergi keja.

Begitulah cemerlangnya kehidupan kita di era Pak Lah

Isnin, Jun 09, 2008

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG DAN TEMBERANG!



Minyak naik lagi! Harga barang-barang naik lagi!
Meriah! Meriah! Meriah sungguh!
Ya begitu cemerlang. terbilang dan gemilangnya pemerintahan Pak Lah dan menantu kesayangannya si KJ.

Berkuasa sungguh PakLah dan KJ kerana mampu menyesakkan nafas rakyat Malaysia. Baru saja tercungap-cungap dengan kenaikan harga barang makanan , sekali lagi nafas tersekat di kerongkong dengan berita kenaikan MINYAK.
Berwawasan sungguh sehingga mampu melonjakkan harga minyak setinggi-tingginya.
Cemerlang sungguh otak Pak Lah dan menantunya dalam melakar sejarah perkembangan ekonomi negara. Daripada makan nasik, kita semua akan bereformasi untuk membiasakan diri kita makan ubi. Jika orang kata makan ubi tu seperti di zaman penjajahan Jepun, zaman sekarang ini pun macam zaman Jepun jugak, tinggal lagi dulu Jepun suka kasi penampar Jepun dengan pancung kapala. Zaman Pak Lah ni pun apa kurangnya. Pak Lah dengan menantu kesayangannya boleh sesuka hati cantas pemimpin- pemimpin yang dia tak suka.

Berita kenaikan harga MINYAK yang menggila ini adalah hadiah tulus mulus daripada Pak Lah, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kepada menyokong pentadbirannya.
Gemilang sungguh PakLah!