KURANG AJARKAH ( i )
Siapa yang kurang ajar dan perlu diajar
Omokkan demi omakkan
Tuding menuding silang bersilang
Kiri dan kanan tergah menerjah.
Siapa mereka untuk mentohmahkan seseorang itu kurang ajar
Apa yang diukur sebagai penanda kurangnya ajar?
Adakah menegur yang patut ditegur itu ukuran
Kurangnya ajar?
Adakah kerana tidak sanggup menjadi pak turut
Maka seseorang itu pantas dilabel kurangnya ajar?
Adakah kerana tidak sanggup bergelumang
Dengan onak cemar para pembesar UMNO
Yang rata-rata makin berlumut
Maka seseorang itu pantas dianggap kurangnya ajar?
Kurang ajarkah Tun DM
Bila cuba menegur kepincangan yang terserlah di depan mata?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba membetulkan songsang arah kepimpinan sekarang?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba membela bangsa sendiri daripada terus diperkotak-katikkan bangsa asing?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba menyedarkan Melayu yang semakin mamai?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba memandu lurus pembesar yang kian sesat diamok kuasa?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba menyatakan yang zahir dan nyata?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba memperjuang sikap berani kerana benar?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba menyedarkan semua tentang bahayanya menjadi pembodek?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba mengejutkan para pembesar UMNO daripada terus terlena?
Wajah-wajah UPSR
4 beberapa hari yang lalu