Jumaat, Jun 30, 2006

Sajak Untuk Panglima Perang (Diabadikan khas untuk Nazri yang biadab)

Apa punya kurang ajar
berhujah sambil mendadik dada
jaguhkah dia
bila mampu berhujah kurang ajar di Parlimen?

Jaguhkah dia?
bila mampu mengeluarkan tanduk
daripada kepalanya
yang selama ini tersorok?

Jaguhkah dia?
bila mampu berkurang ajar
terhadap seseorang
yang konon katanya seperti bapanya
melancarkan perang
yang dakwa-dakwinya demi Melayu.

Jaguhkah dia
bila dengan angkuh
ingin menjadi panglima perang
sedang apa yang diperangi itu
sebenarnya menzahirkan kebodohannya sendiri
sebenarnya membuka pekungnya sendiri.
adalah menelanjangkan peribadinya sendiri?

Jaguhkah dia?

Ahad, Jun 18, 2006

Gula Lagi : Antara Tanggungjawab dan Kecaknaan Pihak Berkenaan

Gula, gula, lagi-lagi gula. Belum reda lagi rupanya masalah gula ni. Bermacam-macam komentar terpapar di muka akhbar, tidak kurang juga perbagai hujahan terungkap berkaitan gula.

Sesetengah orang mungkin menganggap kes kekurangan gula ni perkara enteng. Kata mereka, tiada gula pun, kita masih boleh hidup. Benar. Kita masih boleh hidup tanpa gula. Walau bagaimanapun, apa yang cuba saya perkatakan di sini bukan soal perlu atau tidak gula dalam kehidupan kita,bukan juga soal kesan-kesan penggunaan gula, tetapi perkara POKOK atau utamanya ialah tanggungjawab dan kecaknaan pihak-pihak yang berkenaan termasuk pihak kerajaan dalam menangani masalah ini.


Dibimbangi jika kita hanya bersikap ambil mudah seperti pendapat yang disuarakan oleh salah seorang Menteri Besar baru-baru ini, iaitu pulaukan gula. Tindakan seperti ini seolah-olah menggambarkan sikap malas berfikir untuk menyelesaikan masalah bukan sahaja di kalangan rakyat, malahan makin teruk lagi di kalangan jentera-jentera kerajaan.

Mereka seolah mahu melepaskan tanggungjawab dan tidak cekap bertindak. Bagi mereka, jika ada masalah tentang sesuatu perkara, maka pulaukan sahaja penggunaanya. Contohnya gula. Adakah jika gas naik, mereka akan menyuruh kita pulaukan penggunaan gas dan kembali menggunakan kayu api? Adakah jika petrol naik lagi, kita perlu pulaukan penggunaan petrol dan menukar corak hidup daripada memandu kereta kepada mengayuh basikal?Adakah ini corak pemikiran pemimpin kita? Sepatutnya mereka perlu berfikir mencari jalan untuk mengatasi, mengekang dan mungkin menyekat daripada perkara ini berulang. Jika masalah gula ini pun pihak yang berkenaan tidak dapat selesaikan, bagaimana mungkin masalah-masalah negara yang lebih besar dapat mereka atasi?

Khamis, Jun 08, 2006

PULAUKAN GULA?


Isu kekurangan gula semakin menjadi buah mulut. Pelbagai pihak menyuarakan keresahan masing-masing dan tak kurang pula yang memberikan bermacam-macam cadangan untuk mengatasinya.
Semalam saya ada menonton televisyen. Antara yang menarik perhatian saya ialah mengenai komen Menteri Besar Pahang mengenai masalah kekurangan gula. Apabila diajukan kepada beliau mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, katanya pulaukan gula.

Tersenyum kambing saya mendengar komen yang begitu daif daripada seorang Menteri Besar. Ada kah itu merupakan cara yang bijaksana? Pada saya itu adalah cara orang yang malas nak berfikir. Cara orang yang cetek jangkauan akalnya. Jawapan sebegini menampakkan seolah beliau tidak mahu memikir tentang masalah rakyat. Cara fikir semacam ni kalau sentiasa diguna pakai, maka tidak hairan nantinya akan lahirkan golongan yang malas berfikir. Kalau setakat nak beri cadangan supaya pulaukan gula, tanya ulat jual tiket bas tambahan dekat stesyen bas Pekan pun mereka boleh jawab.

Kalau asyik kerja nak pulau kan saja, bila minyak naik, pulaukan minyak! Tidak payah guna kereta.naik basikal! Kalau tarif eletrik naik, pulaukan eletrik, tidak payah pasang lampu , gunakan lilin atau obor! Kalau gas naik, pulaukan gas, tidak payah gunakan gas, gunakan kayu api saja untuk masak! Apa punya dangkal fikiran.

Sepatutnya orang atasan ni, termasuk lah pak-pak menteri, pihak yang berwajib atau sesiapa saja yang berkenaan harus mencari jalan penyelesaian yang bijak. Bukan dengan hanya melontarkan cara yang kurang cerdik. YB-YB di Parlimen pulak seharusnya membincangkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahan negara yang membabitkan rakyat. Bukan hanya sekadar bertekak di Parlimen untuk membahas isu yang remeh temeh seperti soal nikah kawin dan soal hak persamaan .

Ahad, Jun 04, 2006

Perihal Yang Berhormat-Yang Berhormat kita di Parlimen.


Hari ni nak bercerita sedikit pasal ahli-ahli parlimen kat Malaysia ni. Depa ni cam tak ada benda nak fikir. Duk kat parlimen hal-hal remeh jek yang mereka nak debatkan. Kalau bab nikah kawin lagi la. Bukan main bersemangat YB-YB kita berhujah, siap ketuk-ketuk meja. Berlumba-lumba nak beri pendapat .Berlumba-lumba nak beri pandangan.

Yang terbaru pasal kawin Misyar. Mereka ni dah macam langau hurung tahi. Bredengau-dengau dengan hujah yang ntah apa-apa. Benda-benda macam tu yang mereka nak ketengahkan. Sepatutnya YB-YB ni perlu fokuskan kepada hal-hal yang lebih penting.

Seharusnya mereka tu lebih banyak berhujah, perlu lebih banyak berbincang untuk mengatasi masalah-masalah besar yang melanda negara kita sekarang. Terutamanya hal yang berkaitan ekonomi. Masalah tentang tarif eletrik dan harga minyak misalnya itu perlu digarap , perlu dihalusi dan dicari jalan untuk mengatasinya.YB-YB dipilih oleh rakyat dengan harapan akan dapat membantu meringankan beban rakayt, dapat menjaga kepentingan rakyat dan kebajikan rakyat. Mereka perlu lebih prihatin dengan pemasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. Ini tidak, mereka lebih seronok berdebat tentang isu-isu remeh-temeh. Apa daaaaaaaa.