KURANG AJARKAH ( i )
Siapa yang kurang ajar dan perlu diajar
Omokkan demi omakkan
Tuding menuding silang bersilang
Kiri dan kanan tergah menerjah.
Siapa mereka untuk mentohmahkan seseorang itu kurang ajar
Apa yang diukur sebagai penanda kurangnya ajar?
Adakah menegur yang patut ditegur itu ukuran
Kurangnya ajar?
Adakah kerana tidak sanggup menjadi pak turut
Maka seseorang itu pantas dilabel kurangnya ajar?
Adakah kerana tidak sanggup bergelumang
Dengan onak cemar para pembesar UMNO
Yang rata-rata makin berlumut
Maka seseorang itu pantas dianggap kurangnya ajar?
Kurang ajarkah Tun DM
Bila cuba menegur kepincangan yang terserlah di depan mata?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba membetulkan songsang arah kepimpinan sekarang?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba membela bangsa sendiri daripada terus diperkotak-katikkan bangsa asing?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba menyedarkan Melayu yang semakin mamai?
Kurang ajarkah Tun
Bila cuba memandu lurus pembesar yang kian sesat diamok kuasa?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba menyatakan yang zahir dan nyata?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba memperjuang sikap berani kerana benar?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba menyedarkan semua tentang bahayanya menjadi pembodek?
Kurang ajarkah Mukhriz
Bila cuba mengejutkan para pembesar UMNO daripada terus terlena?
Bila kita sakit...
1 hari yang lalu
4 comments:
cikgu Nora Cuti sekolah dah bermula,ada banyak masa terluang bolehlah cikgu menulis dengan lebih aktif.Agak2 boleh ganti tempat Rafidah tak.saya dah meluat lah kat nenek tu.
Kurang ajarkah aku sebab tak pandai bersajak?Boleh ajar?
Nak belajar bersajak? Boleh saja. asal kena dengan pengerasnya.
cuti sekolah? sekolah je cuti, cikgu nora tak cuti pun. Mengajar jugak. Tapi ada lah juga terluang masa sikit untuk hentam-hentam pembesar-pembesar dalam kerajaan ni :-). Kena panggil pembesar, tak boleh panggil pemimpin, sebab rata-rata menteri2 yang ada sekarang tidak layak jadi pemimpin. Nak pimpin diri sendiri pun tak daya, tu sebab negara jadi kelam kabut cam sekarang.
Kalau nak lebih info, sila2lah dr butiq dan alam buana ni masuk ke laman www.mykmu.net
Catat Ulasan
Sila beri pandangan dan komen anda.