Sabtu, November 18, 2006

Kalut Politik Di Malaysia Sekarang

Ada nak jadi dengan politik di Malaysia sekarang? Apa nak jadi pada pentadbiran negara sekarang? Apa nak jadi pada bangsa Melayu sekarang? Apa nak jadi pada para pemimpin politik sekarang? Apa nak jadi pada NEGARA sekarang?.........

Itulah antara persoalan-persoalan yang menerjah fikir saya. Semakin disoal, semakin kalut yang terserlah. Semua semakin kalut.Walau diri sekarang rakyat biasa, yang tidak punya apa........tapi pada saya, selagi bernama Melayu, selagi bergelar anak Malaysia selagi itu saya perlu berfikir, saya perlu mengambil tahu, saya perlu menyoal. Sebagai rakyat saya juga amat berharap agar pemimpin yang dipilih untuk menerajui negara dapat benar-benar menjaga kepentingan negara. Dapat benar-benar menjaga kepentingan bangsa, kepentingan agama.

Namun kebelakangan ini, saya benar-benar kecewa.Kecewa dengan apa yang terhidang di depan mata.. Dengan kerenah menteri-menteri yang ketara semakin menjadi kalut. Kalut dengan kuasa. Kerana kekalutan ini, ramai yang sudah hilang jati diri. Ramai yang sudah menjadi Melayu yang kurang ajar. Menjadi Melayu yang bongkak sehingga tidak boleh ditegur langsung. Menjadi Melayu yang pengecut dan bacul sehingga sanggup merendahkan maruah kepada bangsa asing.

Berfikir tentang ini membuatkan saya menjadi takut. Saya khuatir tentang masa depan anak cucu saya di kemudian hari. Apa akan jadi pada mereka nanti apa bila negara ditadbir oleh pemimpin yang lemah dan tidak bijaksana? Apa akan jadi bila bangsa lain mula menguasai semua cabang pentadbiran negara?

0 comments:

Catat Ulasan

Sila beri pandangan dan komen anda.