Jumaat, Jun 30, 2006

Sajak Untuk Panglima Perang (Diabadikan khas untuk Nazri yang biadab)

Apa punya kurang ajar
berhujah sambil mendadik dada
jaguhkah dia
bila mampu berhujah kurang ajar di Parlimen?

Jaguhkah dia?
bila mampu mengeluarkan tanduk
daripada kepalanya
yang selama ini tersorok?

Jaguhkah dia?
bila mampu berkurang ajar
terhadap seseorang
yang konon katanya seperti bapanya
melancarkan perang
yang dakwa-dakwinya demi Melayu.

Jaguhkah dia
bila dengan angkuh
ingin menjadi panglima perang
sedang apa yang diperangi itu
sebenarnya menzahirkan kebodohannya sendiri
sebenarnya membuka pekungnya sendiri.
adalah menelanjangkan peribadinya sendiri?

Jaguhkah dia?