Khamis, Jun 08, 2006

PULAUKAN GULA?


Isu kekurangan gula semakin menjadi buah mulut. Pelbagai pihak menyuarakan keresahan masing-masing dan tak kurang pula yang memberikan bermacam-macam cadangan untuk mengatasinya.
Semalam saya ada menonton televisyen. Antara yang menarik perhatian saya ialah mengenai komen Menteri Besar Pahang mengenai masalah kekurangan gula. Apabila diajukan kepada beliau mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, katanya pulaukan gula.

Tersenyum kambing saya mendengar komen yang begitu daif daripada seorang Menteri Besar. Ada kah itu merupakan cara yang bijaksana? Pada saya itu adalah cara orang yang malas nak berfikir. Cara orang yang cetek jangkauan akalnya. Jawapan sebegini menampakkan seolah beliau tidak mahu memikir tentang masalah rakyat. Cara fikir semacam ni kalau sentiasa diguna pakai, maka tidak hairan nantinya akan lahirkan golongan yang malas berfikir. Kalau setakat nak beri cadangan supaya pulaukan gula, tanya ulat jual tiket bas tambahan dekat stesyen bas Pekan pun mereka boleh jawab.

Kalau asyik kerja nak pulau kan saja, bila minyak naik, pulaukan minyak! Tidak payah guna kereta.naik basikal! Kalau tarif eletrik naik, pulaukan eletrik, tidak payah pasang lampu , gunakan lilin atau obor! Kalau gas naik, pulaukan gas, tidak payah gunakan gas, gunakan kayu api saja untuk masak! Apa punya dangkal fikiran.

Sepatutnya orang atasan ni, termasuk lah pak-pak menteri, pihak yang berwajib atau sesiapa saja yang berkenaan harus mencari jalan penyelesaian yang bijak. Bukan dengan hanya melontarkan cara yang kurang cerdik. YB-YB di Parlimen pulak seharusnya membincangkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahan negara yang membabitkan rakyat. Bukan hanya sekadar bertekak di Parlimen untuk membahas isu yang remeh temeh seperti soal nikah kawin dan soal hak persamaan .

0 comments:

Catat Ulasan

Sila beri pandangan dan komen anda.