Ahad, Jun 04, 2006

Perihal Yang Berhormat-Yang Berhormat kita di Parlimen.


Hari ni nak bercerita sedikit pasal ahli-ahli parlimen kat Malaysia ni. Depa ni cam tak ada benda nak fikir. Duk kat parlimen hal-hal remeh jek yang mereka nak debatkan. Kalau bab nikah kawin lagi la. Bukan main bersemangat YB-YB kita berhujah, siap ketuk-ketuk meja. Berlumba-lumba nak beri pendapat .Berlumba-lumba nak beri pandangan.

Yang terbaru pasal kawin Misyar. Mereka ni dah macam langau hurung tahi. Bredengau-dengau dengan hujah yang ntah apa-apa. Benda-benda macam tu yang mereka nak ketengahkan. Sepatutnya YB-YB ni perlu fokuskan kepada hal-hal yang lebih penting.

Seharusnya mereka tu lebih banyak berhujah, perlu lebih banyak berbincang untuk mengatasi masalah-masalah besar yang melanda negara kita sekarang. Terutamanya hal yang berkaitan ekonomi. Masalah tentang tarif eletrik dan harga minyak misalnya itu perlu digarap , perlu dihalusi dan dicari jalan untuk mengatasinya.YB-YB dipilih oleh rakyat dengan harapan akan dapat membantu meringankan beban rakayt, dapat menjaga kepentingan rakyat dan kebajikan rakyat. Mereka perlu lebih prihatin dengan pemasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. Ini tidak, mereka lebih seronok berdebat tentang isu-isu remeh-temeh. Apa daaaaaaaa.

3 comments:

tbam boi berkata...

..marah per nie..mcm badak sumbu naik minyak..hehehe.

2. Mmng betul apa yg Cikgu cakap tu ada logiknya. Tapi saya lain pula gayanya. Sekarang saya kurang nonton drama TV.

3. Drama kat Parlimen lagi bes. Pelakun utama mestilah org BN. Tetapi Pelakun heroinnya Ipoh marilaaa..hehehe.

4. Jalan ceritanya benci tetapi rindu. Bila wakil wanita DAP bangun bercakap ramailah Pahlawan pahlawan melayu,munkin, keturunan mat kilau ke, tok janggut ke..Tok gajah ke...Datuk Maharalela ke..ntahlah..merekapun berebut rebut nak merapati heroin.

5. Disinilah mula cerita. Memang bes. Kalah pelakun pelakun bolywood.

Ya bedebedooo!!!

alam_buana berkata...

Aku ni bab2 politik memang kureng sikit.Tapi lepas PRU yang lepas baru aku rasa perlu juga aku ni respon sekali sekala meluahkan apa yang terbuku dalam hati sanubari aku.Bila aku baca blog kunora,aku rasa ni tempat paling sesuai aku nak mulakan aku punya komentar.cewah bunyi macam gementar je.Pasal bab2 YB cakap hal2 remeh ni aku dah biasa sangat dengar.Kadang2 geli telinga aku bila dengar ucapan dan respon2 daripada YB2 ni bila diajukan dengan soalan2 cepumas.Jawapan mcm rakyat di Malaysia ni bodoh sangat. Hakikatnya YB2 ni yang bo...oh. Malas membaca kot. Aku rasa cikgu nora ni lagi layak jadi YB.Aku teruja juga bila sebut bab2 kawen ni.Tapi bukan kawen Misyar..aku lagi suka kalau dpt kawen Misha Omar.He he he...

KuNora berkata...

Betul lah kan, best jugak drama kat Parlimen tu. Macam-macam cerita ada. Cerita ala-ala penglipur lara ada, cerita ala-ala James Bond ada, cerita ala-ala tarzan kat hutan pun ada dan cerita ala-ala kartun lagi lah ada. Macam baru-baru ni ditayangkan kisah hutan di parlimen. Cerita tentang bigfoot, monyet dan orang utan. Duk menjerit-jerit , melalak-lalak dalam dewan yang memang dah macam hutan.

Apa nak jadi ler dengan dewan rakyat sekarang ni. Dah macam sarkas pun ya. Yb-Yb sekarang ni memang jenis pelik2. Ilmu tak seberapa tu, tapi ' aksi' lebih. Yang paling ketara aksi mengampu Pak Lah. Nasib baik le saya ni tak jadi YB saudara Alam_Buana, kalau tidak terpaksa le masuk dlm sarkas sama.

Catat Ulasan

Sila beri pandangan dan komen anda.