PUTUSKAN PERTUNANGAN DENGAN INA MELALUI TELEFON
KUALA LUMPUR: “Kalau aku pilih kau sebagai isteri, bermakna aku akan dibuang keluarga,” demikian kata juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kepada tunangnya, Nordiana Mohd Naim, menerusi telefon, malam tadi, sekali gus membayangkan hubungan mereka sudah berakhir.
Mawi seterusnya memberitahu Nordiana atau Ina bahawa kakaknya akan mewakili ahli keluarga lain akan ke rumah tunangnya itu bagi memutuskan pertunangan mereka dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Kata-kata Mawi dalam perbualan ringkas dengan Ina kira-kira jam 8.30 malam tadi, benar-benar menghancurkan hati tunangnya itu yang menunggu untuk bertemu penyanyi berkenaan di sebuah hotel di Petaling Jaya, sejak petang semalam.
“Saya terkejut dengan keputusan drastik yang diambil kerana kehadiran saya ke sini hari ini (semalam) dengan harapan dapat menyelamatkan hubungan kami.
“Tidak sangka keputusan dibuat Mawi lebih awal tanpa bertemu dan berbincang terlebih dulu.
“Entah di mana silap dan puncanya, Mawi hanya memberi alasan dia terpaksa mengikut kehendak keluarga.
“Itu saja alasan diberikannya dan tiada sebab lain. Saya cuba menghubunginya kembali dan merayu supaya kami bertemu terlebih dulu dan berbincang, namun dia tidak mengendahkan dan terus mematikan talian telefon,” kata Ina ketika dihubungi di hotel penginapannya.
Mawi, 26, sebelum ini pernah berkata, dia tetap setia kepada Ina walaupun tertekan dengan gosip yang mengaitkan dia bercinta dengan pelakon, Diana Rafar dan mengakui gosip itu mengguris perasaan tunangnya itu.
Andai benar Mawi ingin memutuskan pertunangannya dengan Ina, berita berkenaan bukan sekadar melukakan hati tunangnya itu, malah turut memungkiri janji pemenang Anugerah Bintang Popular -Berita Harian 2005 (ABPBH 05) itu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang pernah menasihatkannya memelihara ikatan pertunangan dan jangan mengabaikan Ina.
Desas-desus Mawi ingin memutuskan pertunangan dengan Ina sudah bertiup kencang di kampung kelahirannya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, sejak beberapa minggu lalu, mendorong Ina meninggalkan kampungnya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, untuk ke Kuala Lumpur semalam bertemu Mawi bagi mendapatkan kepastian.
Sebaik dihubungi malam tadi, Ina secara spontan memberitahu memang benar Mawi meluahkan hasratnya untuk memutuskan pertunangan mereka yang terikat hampir dua tahun.
Dalam nada sedih, Ina memberitahu, Mawi yang pada awalnya mahu bertemu bagi membincangkan soal itu memungkiri janji dan sebaliknya hanya menyatakan hasratnya itu menerusi telefon bimbit.
“Saya terkejut dengan keputusan drastik yang diambil berikutan kehadiran saya ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) dengan harapan dapat menyelamatkan hubungan kami.
“Tidak sangka keputusan dibuat Mawi lebih awal tanpa bertemu dan berbincang terlebih dulu,” kata Ina.
Menurut Ina lagi, Mawi sudah membayangkan kepadanya untuk memutuskan perhubungan mereka seminggu lalu, namun dia meminta juara AF3 itu tidak terburu-buru dan berfikir sebelum mengambil sebarang keputusan.
“Saya katakan kepadanya supaya memikirkan terlebih dulu segala pahit manis yang pernah kami lalui bersama sebelum dia bergelar juara AF dulu. Ingat susah dan senang yang kami rasa dan tanggung. Begitu juga janji-janjinya terhadap saya mahupun peminatnya sendiri.
“Tiada apa lagi yang perlu saya katakan mengenai keputusan dibuat Mawi. Tunggu saja rombongan pihak lelaki datang ke rumah bagi memberikan kata putus selepas ini,” tambahnya.
Sementara itu, seorang ahli keluarga Ina yang menemaninya sepanjang berada di Kuala Lumpur, turut bersedih dengan keputusan Mawi dan terkilan kerana penyanyi yang dikatakan mempunyai aura itu menyampaikan hasratnya menerusi telefon bimbit.
“Saya sendiri menangis apabila melihat Ina merayu supaya Mawi tidak berbuat demikian dan datang terlebih dulu bertemu dengannya. Kerana terkejut, Ina pengsan buat seketika membuatkan saya panik.
“Saya menghubungi kembali Mawi dan menceritakan keadaan Ina waktu itu tetapi dia hanya berdiam diri dan terus meletakkan telefon.
“Ina terlalu sedih dan kecewa sehinggakan saya tidak sanggup mendengar rayuannya terhadap Mawi yang tidak mahu pertunangan mereka diputuskan.
“Bukan itu saja, Ina turut menjelaskan dia sanggup menunggu Mawi dan biar dia sendiri (Mawi) yang menetapkan tarikh perkahwinannya. Sayangnya, Mawi langsung tidak mengendahkannya,” katanya.
Sementara itu, Mawi yang ditemui sewaktu menjayakan persembahan pada Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini, malam tadi, enggan mengulas sebarang pertanyaan wartawan dan hanya memberikan jawapan ‘no komen’.
PENGAJARAN DARIPADA KES MAWI:
Dalam kes Mawi ni, beberapa pengajaran boleh kita gunapakai dalam kes senario politik sekararang :
1. Jangan jadi macam kodok naik junjung:
Mawi :
Bila dah popular, mula lupa tanah yang dipijak dan langit yang dijunjung.Bapak dia pun bukan main lagi bercakap pun macam tak berlapik dah.
Menteri-menteri ( yang berkenaan )
Bila dah jadi menteri , bila dah rasa popular ( walaupun popular dengan cara berkurang-ajar ) mula besar kepala, dah mula lupa dengan siapa yang di ajak berperang tu.
2. Jangan jadi Pak Turut:
Mawi :
Katanya terpaksa putus tunang kerana mengikut telunjuk keluarganya (Maknya? Paknya? Adik-beradiknya? Sedara-maranya?) Dakwanya dia terpaksa memilih keluarganya dan terpaksa membuang tunangan. Hapaaa punya orang. Nampak sangat Mawi tidak reti nak buat keputusan untuk diri sendiri. Nampak sangat dia tidak pandai dan kurang bijak berfikir. Kalau dia pijak, dia boleh mencari jalan tengah untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.
Menteri-menteri : (PakLah la kut )
Kerana terikut dengan pandangan songsang menantu kesayangannya, habis lingkup semua. Sekarang banyak perkara jadi kacau bilau kerana Pak Lah tidak pandai membuat keputusan sendiri. Dok mengharap nasihat dan pandangan serta buah fikiran menantu dan menteri-menteri yang macam 'Tapai Basi'. PakLah tidak bijak bertindak. Kalau beliau bijak, beliau tidak akan membiarkan KJ dan yang sespesis nya, mempengaruhi apa yang PakLah perlu buat.
Wajah-wajah UPSR
4 beberapa hari yang lalu